Prologue
FA muatkan Pergilah Sepi di dalam novel ini untuk generasi yang belum pernah memiliki karya pertama tersebut.FA menambahbaik isi cerita di dalam Pergilah Sepi untuk generasi yang sudah memiliki dan membacanya bertahun dahulu.Dan Sepi Pun Berlalu’ menggabungkan Pergilah Sepi dan lanjutan suka duka Afiqah dan Syafiq mengharungi pergolakan rumah tangga dan keluarga mereka di Teratak Usang demi anda, peminat-peminat setia karya-karya FA dan pembaca setia novel-novel Melayu.Syafiq seorang lelaki hidung belang yang pantang melihat perempuan jelita. Azi , perempuan cantik yang sentiasa teruja memandang lelaki berharta. Dan…Afiqah, gadis setia dengan cinta tetapi malang, terperangkap dalam dunia Syafiq angkara Azi.Ketika aku sudah yakin mahu menerima, mengapa begini pula jadinya? Sesaat kemudian, Syafiq menoleh. Pandangan mereka bersatu. Sejenak, Afiqah terkaku. Seketika kemudian, dia tersenyum. Ikhlas demi penerimaannya yang jujur. Namun, Syafiq terus menoleh semula pada dua bakal iparnya bersama wajah selamba. Langsung tidak membalas senyuman isterinya. Afiqah menunduk. Mengapa hati ini bagaikan ditusuk oleh sebilah pisau? Mengapa jantung ini bagaikan direntap kasar olehnya? Dan, mengapa tubuh ini bagaikan dicencang? Ya Allah… dugaanMu saat hati ini sedia menerima, saat cinta masih setia pada…“Tolonglah, hentikan semuanya ni. Di mata manusia, di fikiran masyarakat, kita memang suami isteri. Tapi ,pandangan Allah, antara kita dengan Allah, abang lebih tau. Kita tau. Jadi, tolonglah buat sesuatu yang menghalalkan di sisi Allah.” – AfiqahJantung Afiqah tambah berdebar. Renungan suaminya memang tajam membunuh. Dia tau telefonnya sudah berada dalam genggaman Syafiq. Cuma perlu angkat tangan dan tekan butang hijau sahaja untuk mendengar suara Zikri di hujung talian. Bagaimana keras Syafiq mahu mengambil, kian kejap dia memegang tangan suaminya bersama pandangan yang sukar ditafsir.“Abang rayu, Ammar tak bersalah apa-apa pun. Abang tau Iqa tersinggung, marah kerana itu anak Rozi, err… Azi tapi…” – Syafiq
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Suspendisse varius enim in eros elementum tristique. Duis cursus, mi quis viverra ornare, eros dolor interdum nulla, ut commodo diam libero vitae erat. Aenean faucibus nibh et justo cursus id rutrum lorem imperdiet. Nunc ut sem vitae risus tristique posuere.
Vivamus suscipit tortor eget felis porttitor volutpat. Curabitur arcu erat, accumsan id imperdiet et, porttitor at sem. Vestibulum ac diam sit amet quam vehicula elementum sed sit amet dui. Donec rutrum congue leo eget malesuada.
Pellentesque in ipsum id orci porta dapibus. Sed porttitor lectus nibh. Nulla quis lorem ut libero malesuada feugiat. Mauris blandit aliquet elit, eget tincidunt nibh pulvinar a. Donec rutrum congue leo eget malesuada.
Read the Full Book
Register for a free membership to continue reading Dan Sepi Pun Berlalu... and gain unlimited access to our entire library.
Continue Reading
Secure & Ad-Free Experience