Prologue
"KEBAHAGIAAN YANG TERUNGKAP DI SEBALIK KATA"Sesiapa yang maklum tentang naskhah purba putera Siddharta pasti bingung terhadap dunia. Dia akan bingung terhadap kehidupan. Dia lantaran tercengang dengan perjalanan alam serta segala misteri di dalamnya. Justeru, sekiranya dia mempunyai nilai romantis tinggi ditambah daya fikiran yang halus lagi peka maka dia pun sekonyong menjelma menjadi seorang perwira mistik, dan dengan tidak semena-mena dia pun menghembus kata-kata menjadi tajam umpama anak panah berbisa hingga akhirnya menembus dada para pendengar juga pembaca.Semenjak era Asas 50 lagi para sasterawan/sasterawati tempatan asyik bertegang urat tentang apakah ‘seni’ itu? Untuk apakah ia? Seni untuk masyarakat atau seni untuk hal-hal kesenian itu sendiri. Polemik ini berpanjangan dari zaman Keris Mas, Masuri S.N, Hamzah, sehinggalah zaman pascamoden ini di mana seorang Muhamad Daniel Haiqal Hazriq Aiman asyik masyuk menaip esemes cinta bersajak melankolia dengan teks trengkas untuk mengajak teman wanitanya menonton wayangkemudian bermalam bersama sebelum mengerang dek gejolak syahwat yang teramat dahsyat, hingga akhir sekali melepas nafas kelegaan maka badan pun terkujur layu di atas singgahsana, lesu dan pilu. Ya, sewaktu peristiwa ini berlaku pun para seniman, orang sastera masih lagi berpolemik hal seni itu untuk apa sebenarnya?Daniel Haiqal tadi pun berlanjutan termenung. Mengenang nasib diri.Nasib cinta yang bersemi di hati. Adakah cinta itu sebuah seni? Menurut Rilke, ‘Cinta itu terbina begini; dua orang penyendiri yang kemudian berjumpa, saling melindungi dan menegur satu sama lain’.Aku kenal sosok bernama Adam dan Azhar. Namun aku tidak pernah tahu tentang diri mereka secara mendalam. Sekadar berjumpa di pesta-pesta sastera dan seni di ibukota, kami selalunya bertegur sapa. Apabila aku diminta untuk menulis prakata, maka aku sedikit tersentak. Adakah aku ini layak untuk bermadah pujangga bagi buku antologi pertama (tidak termasukterbitan naskhah zine) kedua-dua anak muda ini yang bagiku punya gaya, pesona dan aura yang aneh sekali? Kamu akan mendesah, ‘ah, poyolah engkau Farez, gagal dalam percubaan merendah diri kerana kami sedar kau dalam diam-diam menjustifikasi betapa tingginya nilai kecendekiawanan, kepujanggaan diri kau untuk dihebahkan kepada khalayak ramai.’ Yin dalam Yang dan Yang memeluk Yin.Kau akan dapati ada dengungan lalat dan langau yang bising di kedua belah telinga, ‘buku sajak adalah buku tak laku’. Frasa ini berdengung setiap waktu kau hendak menulis sesuatu. Namun, kau tahu dan sedar setiap hari di dunia ini ada saja manusia yang dilimpahi ilham oleh yang Maha Halus kemudian mereka menukil beberapa kata indah yang syahdu, mengalirkan ke sungai khali lalu tersangkut di perdu jiwa paling tidak seorangkhalayaknya, orang asing yang terdengar/terbaca/terlihat di sebalik persembunyian, malu-malu untuk berkenalan.Begitulah.Dan sajak pun saling bertaburan di atas kertas sebelum dijahit digam untuk dibukukan, mengulangi apa yang pernah dipersembah oleh para moyang kita dahulukala. Maka lahirnya klise.Pak Latiff menulis, ‘Jangan sangka bahawa yang klise itu datang hanya daripada karya orang lain. Padahal tanpa kusedari selama ini, aku pun banyak menyumbangkan klise - perulangan imej, gambar, kata, kalimat... dengan gaya atau rentak tertentu!’ Aku yang dimaksudkan oleh Pak Latiff itu adalah dia, tetapi merangkumi aku si penulis prakata, termasuk Adam dan Azhar penyajak yang teringin menjadi depani-garda (avantgarde) danjuga kau si pembaca buku ini termasuklah tujuh bilion manusia lain di atas mukabumi ini yang cuba mengacah untuk meluah rasa seni, juga susastera.Kerana ‘Sajak Sekadar Tempat Persembunyian Sementara’, begitu ujar si Karl dalam mahakaryanya Sekumpulan Epitaf & Surat-Surat Yang Lewat, maka aku pun cuba untuk berseloroh namun sebenarnya menasihati si Adam yang aku diberitahu beberapa sajaknya di dalam buku ini berinspirasikan pengalaman sewaktu dia di dalam penjara selepas peristiwa serbuan polis di Rumah Api, Ampang beberapa bulan nan lalu.Begini. Sekiranya anda, para penyair muda, bohemia yang ikhlas untuk berbakti, berbudi dan hidup bebas untuk berekspresi, kemudian diugut, ditangkap dan dimalukan, maka alangkah teruk dah hodohnya rupa para kuasawan yang cuba menghalang usaha-usaha murni demikian?Sajak-sajak Azhar dan Adam di dalam buku ini, banyak bernada romantis namun dalamnya juga ada nada kritis. Mereka pengikut stoisisme dalam kehidupan yang penuh banal. Seperti Yin dan Yang tadi, mereka juga terhubung kait. Ada nuansa yang terselindung cuba menonjol unik, eka dalam aneka, namun ada penyatu yang saling mengikat sesama mereka. Mereka pencinta (wanita, ibu, kedamaian, sejagat) namun mereka juga vipembenci (hipokrit, diktator, aparat, skeptik).Seperti dari sebuah sajak Azhar yang bertajuk Iqra’, maka aku pun menekan akan dikau yang sedang memegang buku ini, bacalah! Bacalah buku ini. Supaya dengan membaca kau ju...
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Suspendisse varius enim in eros elementum tristique. Duis cursus, mi quis viverra ornare, eros dolor interdum nulla, ut commodo diam libero vitae erat. Aenean faucibus nibh et justo cursus id rutrum lorem imperdiet. Nunc ut sem vitae risus tristique posuere.
Vivamus suscipit tortor eget felis porttitor volutpat. Curabitur arcu erat, accumsan id imperdiet et, porttitor at sem. Vestibulum ac diam sit amet quam vehicula elementum sed sit amet dui. Donec rutrum congue leo eget malesuada.
Pellentesque in ipsum id orci porta dapibus. Sed porttitor lectus nibh. Nulla quis lorem ut libero malesuada feugiat. Mauris blandit aliquet elit, eget tincidunt nibh pulvinar a. Donec rutrum congue leo eget malesuada.
Read the Full Book
Register for a free membership to continue reading Frekuensi Proletar and gain unlimited access to our entire library.
Continue Reading
Secure & Ad-Free Experience