Prologue
“Aku ni bodoh, pergi percayakan perempuan. Kaum kau ni licik macam ular. Penipu! Aku dah serik percayakan perempuan.” – AdrianPerkahwinan yang diimpikan ADHA ADRIAN hancur apabila tunangnya membatalkan pernikahan mereka. Dendamnya kepada perempuan kembali muncul. Tujuh tahun menghilangkan diri, dia kembali dengan azam memulakan hidup baru. Namun, datuknya merancang mahu menjodohkannya pula.“Habis awak ingat saya nak sangat kahwin dengan awak? Oh, memang tak hinginlah. Saya awal-awal dah tolak.” – DianTidak mahu dijodohkan dengan lelaki yang mempunyai kisah silam, NUR SHAZAI DIANA melarikan diri. Mana mungkin dia mahu hidup dengan lelaki yang sombong, pasti dirinya menjadi mangsa. Dihukum atas kesilapan perempuan lain. Namun, sejauh mana dia lari, lelaki itu tetap muncul tanpa diduga. Bagi membalas budi datuk Adrian yang baik, dia menerima juga lelaki itu sebagai suami.“Boleh tak jangan tuduh saya lagi? Sikit-sikit salah saya. Cuba buka mata awak luas-luas cari apa salah awak. Ni tak, semuanya nak tuduh saya. Semuanya salah saya. Macamlah awak tu tak pernah buat salah.”- DianDirinya bagai tidak wujud. Tindakan yang dibuat semua salah di mata Adrian. Hanya kesabaran menjadi benteng dia masih bertahan. Ternyata kesabarannya berbalas. Adrian kembali tewas di tangan insan bergelar wanita. Namun kebahagiaan yang dirasai hanya sekejap apabila bekas tunang suaminya kembali muncul.“Kalau betul pun dia terhegeh-hegeh kat abang, apa hak Dian nak hina dia? Ini masalah abang dengan dia.” – AdrianGelap dunia Dian. Suaminya masih mencintai Haiza. Cinta yang diberi hanya palsu. Dia tertipu. Ternyata dia hanya dijadikan tempat melepaskan dendam. Mampukah dia bertahan sedangkan rasa cinta yang dulu mekar mula layu?
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Suspendisse varius enim in eros elementum tristique. Duis cursus, mi quis viverra ornare, eros dolor interdum nulla, ut commodo diam libero vitae erat. Aenean faucibus nibh et justo cursus id rutrum lorem imperdiet. Nunc ut sem vitae risus tristique posuere.
Vivamus suscipit tortor eget felis porttitor volutpat. Curabitur arcu erat, accumsan id imperdiet et, porttitor at sem. Vestibulum ac diam sit amet quam vehicula elementum sed sit amet dui. Donec rutrum congue leo eget malesuada.
Pellentesque in ipsum id orci porta dapibus. Sed porttitor lectus nibh. Nulla quis lorem ut libero malesuada feugiat. Mauris blandit aliquet elit, eget tincidunt nibh pulvinar a. Donec rutrum congue leo eget malesuada.
Read the Full Book
Register for a free membership to continue reading Jadi Milik Dia and gain unlimited access to our entire library.
Continue Reading
Secure & Ad-Free Experience