Prologue
Lapan tahun Reza hidup bersendiri setelah papa dan mamanya meninggal dunia. Kehadiran Uwais dan Qaira, anak hasil perkahwinan kedua arwah papanya buat hidup Reza kucar-kacir. Reza yang tidak pernah mahu mengenali adik-adiknya itu dituduh tidak cakna oleh rakannya dan lepas tangan kerana sering pulang lewat ke rumah. Kematian Alfan, kembarnya membuatkan Reza terasa kosong walaupun perangai kedua-duanya bagai langit dan bumi.“Aku bukan macam Alfan yang cool! Yang boleh relaks dan senyum sepanjang masa!” - Reza“Za! Alfan dah lama meninggal, kut! Dah lapan tahun pun. Yang kau sampai sekarang asyik bandingkan diri kau dengan dia lagi kenapa?” - AkidKesedihan dan kesepian Reza tiada siapa yang peduli. Kawan-kawannya juga menjauh. Sehinggalah kemunculan Elviana, PA Uwais dan Qaira yang memberi sedikit perhatian kepada Reza. Sikap positif Elviana banyak membantu Reza menangani kerenah Uwais dan Qaira yang baru menerjah ke alam remaja.“Awak kena jadi idola Uwais! Awak kena tunjukkan kepada dia perangai dan kelakuan yang dia rasa lebih cool dari apa yang dia sedang cuba jadi sekarang!” - ElvianaKematangan dan sikap berterus terang Elviana membuatkan Reza jatuh sayang kepada gadis itu. Dia tahu Elviana juga ada rasa yang sama tapi sayangnya, gadis itu sudah bertunang.“Aku tak ada masa cari perempuan, Vi. Tak terbuka pun hati ni. Bila kau datang, baru aku ada rasa nak bagi hati aku pada kau.” – Reza“Maknanya... Awak pun suka saya?” – Elviana“Sayang. Kalau setakat suka, aku boleh pandang kau sebelah mata lagi. Masalahnya, bila hati dah mula sayang, itu yang buat aku tak boleh abaikan kau.” - RezaKedudukan Qaira dan Uwais sebagai artis, membuka ruang netizens mengorek kisah silam di sebalik kematian Alfan. Bermacam dugaan harus Reza tempuhi. Musibah mula menimpa. Satu per satu rahsia terbongkar. Pengorbanan Reza akhirnya membuat Qaira dan Uwais meraung keinsafan. Mereka sekeluarga difitnah cuba menyebarkan HIV. Ketika netizens mengecam, para sahabat menyisih, Elviana tetap setia di sisi Reza walaupun dia sendiri mengidap SLE.“Ya Allah... Atas semua pengorbanan dan kasih sayang yang Reza berikan padaku, izinkan aku membuat dia bahagia sampai hujung nyawaku...” - ElvianaMampukah Reza menghadapi orang sekeliling yang mengeji? Dapatkah Reza dan Elviana berbahagia? Ini kisah tentang kesetiaan, pengorbanan dan sejauh mana kau mampu bertahan bila diuji Tuhan.
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Suspendisse varius enim in eros elementum tristique. Duis cursus, mi quis viverra ornare, eros dolor interdum nulla, ut commodo diam libero vitae erat. Aenean faucibus nibh et justo cursus id rutrum lorem imperdiet. Nunc ut sem vitae risus tristique posuere.
Vivamus suscipit tortor eget felis porttitor volutpat. Curabitur arcu erat, accumsan id imperdiet et, porttitor at sem. Vestibulum ac diam sit amet quam vehicula elementum sed sit amet dui. Donec rutrum congue leo eget malesuada.
Pellentesque in ipsum id orci porta dapibus. Sed porttitor lectus nibh. Nulla quis lorem ut libero malesuada feugiat. Mauris blandit aliquet elit, eget tincidunt nibh pulvinar a. Donec rutrum congue leo eget malesuada.
Read the Full Book
Register for a free membership to continue reading Hatiku Untuk Dia and gain unlimited access to our entire library.
Continue Reading
Secure & Ad-Free Experience