Rindu Pada Dia
Book Cover

Rindu Pada Dia

by Aidah Bakri

Est. 9h 36m 348 Pages 212 reading now
Prologue
INARADilamar oleh cinta pertama, masakan mahu ditolak. Umpama orang mengantuk disorongkan bantal. Sudah terbayang bahagia hidup bersama nanti. Namun cinta yang tidak berbalas dulu, tetap tidak berbalas meski diri sudah bergelar isteri. Dia hanyalah singgahan sementara. “Diam adalah cara yang paling tepat saat rindu tak berbalas.” Luah Inara tanpa sedar. Hujung matanya terasa hangat. Abang Is! Hati masih menyeru nama yang satu itu.“Diam adalah cara yang paling tepat saat bibir tak pandai meluah luka sedangkan hati juga sudah tak cukup kuat untuk menahan.” Setitis air mata Inara jatuh ke pipi. Namun pantas dia sapu dengan hujung kain telekung. Wahai diri, jangan menangis di hadapan lelaki ini!Benarkah cinta yang dikejar, memang meninggalkan luka akhirnya?AFKARDiduga dengan kehilangan orang tersayang, membuat jiwanya turut dibawa pergi. Hidup yang dilalui hanya terasa gelap sehingga kehangatan mentari bagai tak terasa. Namun sejak terpandangkan wanita itu, jiwa dia bagai disiram salju. “Jangan lokek sangat Inara. Tak jadi dosa kalau awak izinkan saya menumpang kasih sayang anak awak.”Ubat untuk jiwanya ada pada Inara. Lantas hati Inara yang masih cedera parah, cuba dipulihkan dengan caranya sendiri.“Pasti ada hikmahNYA Inara. Pasti ada lukisan takdir yang lebih indah buat awak dan Anas.” Akan terbukakah hati Inara untuk Afkar? Atau masih diakah yang beraja di hati?Mampukah Afkar menampal luka yang begitu parah di hati Inara?
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Suspendisse varius enim in eros elementum tristique. Duis cursus, mi quis viverra ornare, eros dolor interdum nulla, ut commodo diam libero vitae erat. Aenean faucibus nibh et justo cursus id rutrum lorem imperdiet. Nunc ut sem vitae risus tristique posuere.

Vivamus suscipit tortor eget felis porttitor volutpat. Curabitur arcu erat, accumsan id imperdiet et, porttitor at sem. Vestibulum ac diam sit amet quam vehicula elementum sed sit amet dui. Donec rutrum congue leo eget malesuada.
Pellentesque in ipsum id orci porta dapibus. Sed porttitor lectus nibh. Nulla quis lorem ut libero malesuada feugiat. Mauris blandit aliquet elit, eget tincidunt nibh pulvinar a. Donec rutrum congue leo eget malesuada.

Read the Full Book

Register for a free membership to continue reading Rindu Pada Dia and gain unlimited access to our entire library.

Continue Reading

Secure & Ad-Free Experience