Prologue
EDDY EZLI berkahwin ketika mereka masih bergelar pelajar di Boston, USA. Malangnya usia perkahwinan mereka hanya bertahan selama setahun empat bulan. Tak sanggup hidup susah, Khairina meninggalkan Ezli dan anak mereka yang masih kecil. Mereka bercerai. Trauma dengan kegagalan rumah tangga, Ezlli menutup pintu hatinya. Sekembalinya ke Malaysia, Ezli bergantung penuh pada emaknya, Puan Faridah untuk menjaga dia dan Afi. Bagaimanapun Puan Faridah nekad merancang sesuatu demi masa depan Ezli dan Afi.Iryanie, terdesak mahu cari pekerjaan demi menampung semester akhir pengajian. Dia nekad memohon kerja mengasuh anak Eddy Ezli. Permulaan perkenalan antara Ezli dan Iryanie sangat tak harmoni. Ezli sengaja mempamer sikap dingin agar Iryanie mengalah dan emaknya tak jadi pulang ke kampung.“Isk! Stone cold betul! Rasanya dia memang patut diruqyah baru hati lembut agaknya…” - Iryanie‘Ada hati dia nak ruqyah aku ya? Depan aku, kena tenung sikit dah tertunduk, pipi merah-merah…’ - Ezli.Lama-kelamaan, hati Ezli mula melunak apabila melihat ketulusan Iryanie menjaga Afi. Hati mula terpaut sayang. Namun kehadiran Zamri yang ingin memperisterikan Iryanie dan kemunculan semula Khairina yang berkeras mahu menuntut hak hadhanah ke atas Afi, mengacaubilaukan hidup Ezli.“Iryanie, aku tak mahu jadi majikan yang hanya memberi gaji bulanan pada kau. Aku mahu jadi lelaki yang memberi nafkah zahir dan batin kepada kau. Memberi seluruh cinta aku hanya untuk kau.Apabila ujian demi uijian datang menimpa, mampukah Ezli dan Iryanie memperjuangkan cinta yang baru berputik. Akankah ada peluang untuk Ezli merasai kebahagiaan?Semuanya terjawab dalam ‘Mulanya Satu Cinta’ versi baru 2022 yang lebih padat.
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Suspendisse varius enim in eros elementum tristique. Duis cursus, mi quis viverra ornare, eros dolor interdum nulla, ut commodo diam libero vitae erat. Aenean faucibus nibh et justo cursus id rutrum lorem imperdiet. Nunc ut sem vitae risus tristique posuere.
Vivamus suscipit tortor eget felis porttitor volutpat. Curabitur arcu erat, accumsan id imperdiet et, porttitor at sem. Vestibulum ac diam sit amet quam vehicula elementum sed sit amet dui. Donec rutrum congue leo eget malesuada.
Pellentesque in ipsum id orci porta dapibus. Sed porttitor lectus nibh. Nulla quis lorem ut libero malesuada feugiat. Mauris blandit aliquet elit, eget tincidunt nibh pulvinar a. Donec rutrum congue leo eget malesuada.
Read the Full Book
Register for a free membership to continue reading Mulanya Satu Cinta (Edisi Istimewa Skripsi) and gain unlimited access to our entire library.
Continue Reading
Secure & Ad-Free Experience